Assalamualaikum semua...hari ni saya nak kongsi serba sedikit maklumat berkenaan jurang penyelidikan. Maklumat ini sebenarnya saya tulis berdasarkan apa yg saya fahami dari kuliah yang diberikan oleh Dr. Mohd Awang Idris.
Jurang penyelidikan atau yang biasanya dikenali sebagai 'Research gap' adalah perbezaan diantara apa yang telah sedia diketahui dan
apa yang masih belum diketahui. Jurang penyelidikan bukanlah semestinya
bermaksud sesuatu yang langsung tidak dipernah dikaji oleh orang lain. Ia
boleh jadi sesuatu yang telah dikaji tetapi kajian yang ingin dibuat akan dijalankan dengan lebih meluas atau lebih mendalam dan terperinci.
Jurang penyelidikan terbahagi kepada tiga jenis iaitu jurang dari segi teori, empirikal
(kaedah pengumpulan data & analisis statitistik) dan praktikal. Jurang dari segi teori boleh diisi dengan membuat kajian yang boleh menambahbaik teori yang sediaada. Mungkin kita boleh menambah beberapa pembolehubah yang baru, contohnya. menambah pembolehubah tidak bersandar yang
baru. Kita juga boleh masukkan
'mediating variable' dan juga 'moderating variable' yang baru. Ini membolehkan kita menjelaskan
sesebuah teori itu dengan lebih baik lagi. Yang terbaik adalah
sekiranya kita boleh mencabar teori yang terkini dan terbaik dan
membina satu teori yang lebih baik. Bagaimana kita boleh membina teori yang
lebih baik? Kita perlulah mengetahui kajian yang dibuat oleh semua pengkaji atau penyelidik tersohor dalam bidang
kita dan menguasai semua teori yang berkaitan dalam bidang kita. Kaji
apakah kelemahan teori-teori yang terkini dan terbaik dan melihat teori-teori
ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Disinilah pentingnya keupayaan kita untuk
mengalisis secara kritis.
Contohnya dalam kajian 'job demand'. Kajian terdahulu melihat 'job demand' dari segi perspektif negatif sahaja iaitu bebanan kerja yang tinggi akan menyebabkan peningkatan tekanan kerja. Namun bila difikirkan adakalanya bebanan kerja juga boleh memberi hasil yang positif kepada pekerja contohnya meningkatkan 'self esteem' pekerja. Bila seseorang pekerja diberikan tugasan yang lebih ia mungkin secara tidak langsung bermakna majikan mengakui pekerja tersebut mampu, berkebolehan dan lebih dipercayai untuk melakukan tugasan tersebut. Jadi pengkaji boleh melihat sesuatu isu itu dari pelbagai sudut yang berbeza.
Contohnya dalam kajian 'job demand'. Kajian terdahulu melihat 'job demand' dari segi perspektif negatif sahaja iaitu bebanan kerja yang tinggi akan menyebabkan peningkatan tekanan kerja. Namun bila difikirkan adakalanya bebanan kerja juga boleh memberi hasil yang positif kepada pekerja contohnya meningkatkan 'self esteem' pekerja. Bila seseorang pekerja diberikan tugasan yang lebih ia mungkin secara tidak langsung bermakna majikan mengakui pekerja tersebut mampu, berkebolehan dan lebih dipercayai untuk melakukan tugasan tersebut. Jadi pengkaji boleh melihat sesuatu isu itu dari pelbagai sudut yang berbeza.
Gap dari segi empirikal pula ialah bagaimana kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian kita boleh
menambahbaik kaedah penyelidikan yang sediaada. Kita boleh mulakan dengan
menyatakan kelemahan-kelemahan kaedah-kaedah penyelidikan yang sering digunakan dalam kajian-kajian
terdahulu seperti mendapatkan maklumat dari satu sumber sahaja, menggunakan satu kaedah pengumpulan data sahaja, kajian yang dibuat diperingkat individu sahaja dan kajian yang dibuat secara 'cross sectional' sahaja. Seperti yang diterangkan oleh Podsakoff et. al (2012) dalam artikelnya yang bertajuk "Sources of Method Bias in Social Science Research and Recommendations on How to Control It' kelemahan kaedah-kaedah ini ialah ia boleh menyebabkan 'common method variance
(bias)' yang menyebabkan hasil kajian kita menjadi kurang valid. Untuk menutup
gap dari segi method ini kita mungkin boleh menggunapakai kaedah penyelidikan yang lebih
baik, contohnya kita cuba dapatkan data dari pelbagai sumber, menggunakan kaedah pengumpulan data yang perlbagai, mengkaji sesuatu di pelbagai peringkat kumpulan atau membuat kajian secara 'longitudinal'
Kemudian kita juga boleh menggunakan alat statistik yang lebih baik. Contohnya, mungkin kita boleh menggunakan AMOS atau PLS atau HLM atau mungkin juga Mplus. Walaubagaimanapun, pengunaan
alat menganalisa ini hendaklah bersesuaian dengan jenis data dan analisis yang
kita lakukan.
Jurang praktikal pula adalah bagaimana hasil penyelidikan kita boleh dipraktikkan dan boleh memberi sumbangan kepada masyarakat, organisasi dan sebagainya. Contohnya, melalui kajian, kita boleh membangunkan satu produk atau sistem yang baru dan lebih baik dari produk atau sistem yang terdahulu. .
Satu lagi perkara yang penting ialah jika kita hendak mencari jurang penyelidikan sebaik-baiknya biarlah gap itu
bersifat global. Bagaimana mahu mendapatkan gap yang
global? Kita perlulah mencari kelompongan atau kekurangan kajian-kajian yang telah diterbitkan didalam jurnal-jurnal yang hebat didalam bidang kita. Gap yang jelas dan bersifat
global beserta kaedah pengumpulan dan analisis data yang lebih baik serta gaya penulisan yang
mantap akan menghasilkan satu penyelidikan dan penulisan yang hebat dan lebih mudah
diterbitkan di jurnal-jurnal yang tersohor yang bertaraf Q1 dan Q2.
Ini hanyalah satu perkongsian maklumat untuk mereka yang baru mahu mengenali penyelidikan seperti saya. Sekiranya ada sebarang kesilapan maklumat mohon rakan-rakan dapat betulkan saya. Maaf juga atas segala kesilapan tatabahasa saya. Terima kasih. :-)
U r wlcm Kamil..
ReplyDeletepenjelasan yg mudah difahami. tq
ReplyDeleteIngin bertanya ya, research gap ni di tulis pada bahagian bab berpa ya?
ReplyDeletenice
ReplyDeleteterbaik tuan
ReplyDeleteTqyer
ReplyDeleteAdakah gap ini problem statement?
ReplyDeletenope
Deletetumpang kongsi ye
ReplyDelete